ARAU: Perlis mula menjalankan pengimarahan masjid dengan melaksanakan solat fardu secara berjemaah dengan saf dirapatkan bermula hari ini.
Tinjauan di Masjid Negeri Arau mendapati walaupun kelonggaran diberikan untuk menunaikan solat secara saf dirapatkan, jemaah yang hadir untuk solat Zohor di masjid berkenaan masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang sudah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebelum ini.
Menurut Timbalan Pengerusi merangkap Imam II Masjid Negeri Arau, Zubair Abdullah, dengan kelonggaran yang dibenarkan oleh MAIPs setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail diharapkan ia dapat memberi peluang kepada masyarakat terutama di kawasan sekitar Arau untuk menunaikan solat di masjid berkenaan.
Katanya, pelaksanaan solat jemaah dengan saf dirapatkan bermula sejak Subuh pagi tadi dengan mengambil kira sejadah jemaah bersaiz ‘standard’ dirapatkan di ruang solat.
"Saf itu boleh dalam keadaan rapat tetapi mengikut sejadah masing-masing. Kita difahamkan negeri-negeri lain masih belum lagi dirapatkan seperti Perlis.
"Alhamdulillah, dengan SOP memang kita titik beratkan dan sentiasa memantau, jadi apabila jemaah hadir kita periksa suhu dan sediakan sanitizer.
"Kalau tidak ada MySejahtera, kita sediakan buku untuk tulis nama dan pemakaian pelitup muka memang kita wajibkan dan sekiranya ada yang terlupa, kita sediakan untuk jemaah yang hadir," jelasnya.
Katanya, sebelum pelaksanaan solat dengan saf dirapatkan ini, kehadiran adalah sekitar 200 hingga 250 orang.
Namun, kini bilangan jemaah bertambah melebihi 300 jemaah terutama ketika solat Isyak.
Jelas Zubair, perkembangan ini menjadikan Perlis sebagai negeri pertama di negara ini yang menjalankan solat dengan ketetapan baru ini.
Sementara itu, jemaah masjid yang ditemui melahirkan rasa syukur dengan kelonggaran solat berjemaah ini.
Seorang jemaah, Mahadzir Ahmad, 68, dari Taman Intan, Arau berkata, dengan ketetapan pelaksanaan solat seperti ini diharapkan akan menarik ramai lagi muslimin dan muslimat untuk terus mengimarahkan masjid.
"Walaupun rapatkan saf, sebenarnya rapatkan sejadah ikut sejadah masing-masing... tidak lah orang kata bersentuh antara bahu. Jadi, alhamdulillah dengan merapatkan ini kita dapati bilangan jemaah akan bertambah ramai," katanya.
Bagi Hamidun Hamzah, 70, beliau menganggap perkembangan sesuatu yang positif dalam memberi peluang kepada rakyat Perlis untuk terus melaksanakan ibadah solat di masjid dengan bilangan jemaah yang ramai.
Insya-Allah kalau di masa hadapan kalau dah COVID-19 dah berkurang boleh rapat balik tapi buat masa ni eloklah kita ikut SOP yang ada untuk kepentingan jemaah semua," ujarnya.
Khamis lalu Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, perkenan membenarkan seluruh masjid di negeri itu untuk melaksanakan solat berjemaah secara merapatkan saf.
Titah baginda, kebenaran itu diberikan setelah meneliti perkembangan semasa penularan COVID-19 semakin berkurangan dan selepas meneliti kadar 100 peratus vaksinasi lengkap, selain peningkatan dos penggalak di negeri ini yang mencapai kadar 16.9 peratus atau 30,575 penerima sehingga 2 Januari lalu.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jan 08 2022
Perlis mula menjalankan pengimarahan masjid dengan melaksanakan solat fardu secara berjemaah dengan saf dirapatkan bermula hari ini. - Foto Astro AWANI
Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi
Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu mahkamah dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.
Anwar rai jasa Prof Izutsu, penterjemah al-Quran ke bahasa Jepun
Antara sumbangan Prof Toshihiko Izutsu yang luar biasa dan paling diingati ialah pencapaiannya menterjemah Al-Quran ke bahasa Jepun.
PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta
PDRM mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.
SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Papua New Guinea pantau situasi kejadian tanah runtuh
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby boleh dihubungi melalui nombor telefon 675-3251506 (waktu pejabat) dan 675-3252076 (selepas waktu pejabat).
48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.
Sepak takraw: Malaysia sekarang lebih kuat dari Thailand - Pengurus Thailand
Pengakuan itu dibuat Tumpracha selepas menyaksikan Malaysia menumbangkan Thailand dalam acara double dan regu di Stadium Titiwangsa, Rabu lepas.
DSA NATSEC Asia 2024 buka peluang integrasi teknologi terkini dalam keamanan negara
Penganjuran DSA NATSEC Asia 2024 memberi peluang kepada syarikat industri pertahanan dan keselamatan tempatan memperkenalkan serta mempamerkan keupayaan masing-masing selari dengan kemajuan teknologi.
Dituduh curi wang, warga emas dipukul anak dengan kerusi
Siasatan awal mendapati punca kejadian ialah suspek yang berusia 35 tahun menuduh bapanya telah mengambil wang sebanyak RM1,500.
Restoran runtuh di Kepulauan Balearic Sepanyol, 4 terkorban
Insiden itu berlaku apabila sebuah restoran yang terletak di tingkat bawah bangunan tersebut tenggelam ke tingkat bawah tanah.
Solat berjemaah: Pahang benar rapat sejadah tanpa sentuhan fizikal
Pahang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau secara merapatkan sejadah tanpa berlaku sentuhan fizikal.
Bermula 1 April, solat jemaah di Negeri Sembilan ikut aturan sejadah saiz besar - MB
Jemaah yang dibenarkan masuk ke masjid dan surau adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak, warga tempatan dan bukan warganegara yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19.
Pasangan remaja dikecam solat jemaah 'online'
Video tersebut yang pernah dimuat naik di aplikasi TikTok pertengahan tahun lalu kembali tular sehingga mendapat perhatian ramai.
Perlis mula laksana solat jemaah rapat saf
Perlis mula menjalankan pengimarahan masjid dengan melaksanakan solat fardu secara berjemaah dengan saf dirapatkan bermula hari ini.
Selangor benar solat Jumaat di masjid, kapasiti 100 jemaah - Exco
Seramai 100 orang jemaah termasuk pentadbir dibenar hadir menunaikan solat Jumaat di semua masjid di negeri ini berkuat kuasa mulai solat Subuh pagi tadi.
Sultan Perak perkenan bilangan jemaah solat Jumaat, fardu ikut keluasan dewan utama
Sultan Perak telah disembah maklum panduan aktiviti di masjid dan surau semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa di negeri itu.
COVID-19: Melaka batal SOP masjid, surau terdahulu, kurangkan bilangan jemaah
Pengarahnya Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ketetapan baharu yang berkuatkuasa hari ini hingga 7 Jun depan.
Perlis benar kapasiti maksimum jemaah solat fardu di masjid
Bermula esok, Perlis membenarkan kehadiran jemaah solat fardu di masjid mengikut kapasiti maksimum masjid berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Solat jemaah, aktiviti di masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang ditangguh - JAIS
JAIS mengarahkan agar solat Jumaat, solat fardu lima waktu di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dekat sini ditangguhkan bermula petang semalam.
COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan
Tatacara solat berjemaah yang dilaksana ketika ini telah diperjelas secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk 'Soal Jawab Fiqh COVID-19'